12 Februari 2010

NASIHAT KETIKA PULANG KEKAMPUNG

Memandangkan tidak lama lagi ramai diantara penghuni Blok akan bercuti untuk sempena Hari Raya Cina pulang ke kampung halaman masing-masing, maka beberapa langkah keselamatan perlulah diambil perhatian. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat kerana telah berlaku beberapa kejadian pecah rumah di beberapa apt di blok-blok yang berdekatan.

Bagaimana Boleh Berlaku
  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
  • Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
  • Menggunakan kunci pendua

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
  • Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
  • Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
  • Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
  • Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan :

  • Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
    Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah :

  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan