14 Julai 2009

MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN TAHLIL BLOK D SERTA DIALOG PERMASALAHAN BLOK D


PADA : 20 JULAI 2009 ( ISNIN )

JAM : 8.00 PM

BERTEMPAT : LOBBY UTAMA BLOK D




SEMUA PENGHUNI DIJEMPUT HADIR



KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MENYERTAKAN NAMA UNTUK MAJLIS TAHLIL ARUAH SILA HUBUNGI BIRO AGAMA SEPERTI BERIKUT :-

1 ) EN MOHD SOBRI - 013-9168510
2 ) EN ISMA AZAM - 019-9094764



Aturcara

Jam 8.00pm-8.45pm bacaan yasin dan tahlil

Jam 8.45pm - 9.45pm makan / berdialog bersama penghuni Blok D

Jam 9.45pm - 10.00pm Penyampaian hadiah cenderahati

Jam 10.15 Bersurai

MAKLUMAN KELAHIRAN

MAKLUMAN

KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA
PADA BULAN APRIL HINGGA JUN 2009. SILA MAKLUMKAN KEPADA BIRO KEBAJIKAN SEPERTI DIBAWAH :-

En. Suzairi Abul Rahman - 012-6761227
En. Izuan Yusuf - 017-2901995



KAMI PERSATUAN BLOK D INGIN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA..

04 Julai 2009

VANDALISME PELAJAR SMK PRESINT 14 DI BLOK B

Dua hari lepas, penghuni Blok B dikejutkan dengan vandalisme yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah P14. Pelajar-pelajar ini ponteng di blok ini, mencampakkan botol minuman, selipar, kasut dan pasu bunga dari tingkat 18 dan mengenai bumbung lobi dan pecah. Pasu bunga yang dicampak ini juga hampir mengenai cleaner bangunan.

Semalam pegawai penyiasatan jenayah datang dan meninjau lokasi kejadian. Selain itu juga pelajar-pelajar ini juga berdating di belakang blok. Bila ditanya dikatakan menunggu bas. Tak masuk akal!

Pelajar-pelajar ini juga meletakkan motosikal mereka di kawasan penghuni. Terdapat satu kes, mereka hilang kunci motor, dibuka lampu depan dan disambung wayar untuk menghidupkan motor tersebut. Ini menunjukkan mereka handal dan berpengetahuan tinggi tentang motor. Jika disalahgunakan habis motor penghuni disapunya.

Kepada penghuni-penghuni di P14, sama-samalah kita cari jalan penyelesaian kepada masalah ini.