30 November 2009

IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH SURAU AL-MUSTAQIM DAN PENDUDUK APT. PRESINT 14

Salam 1Malaysia,

Alhamdullillah ibadah korban telah dilaksanakan dengan sempurna pada hari Jumaat lepas, 27 November 2009 oleh Jawatankuasa Surau Mustaqim dengan kerjasama oleh penduduk apartment Presint 14. Sebilangan penduduk Blok D yang tidak balik kampung telah turut serta didalam aktiviti tersebut. Aktiviti korban berlangsung dari jam 9.30 am hingga 12 tengahari. Ia nya dimulakan dengan sembahyang sunat Aidil Adha pada jam 8.30 pagi dan kemudiannya disusuli dengan ibadah korban pada jam 9.30 pagi bertempat di hujung parkir Blok D dimana khemah telah disediakan oleh pihak Pengurusan Bangunan. Walaupun ianya hanya melibatkan seekor lembu sahaja tetapi usaha, kerjasama serta sifat bermuaafakat yang tinggi telah diitunjukkan oleh semua penghuni Apartment yang terlibat. Syabas !
Bagi penghuni Blok D yang tidak balik ke kampung, Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dimulakan dengan mini BBQ serta bakar lemang pada malam raya dimana ianya diusahakan oleh Saudara Awang Safaruddin serta Abang Razak (Pengerusi Blok D) sekeluarga.




18 November 2009

BEBERAPA LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM PULANG BERCUTI RAYA KORBAN.

Salam 1Malaysia,

Memandangkan tidak lama lagi ramai diantara penghuni Blok akan bercuti untuk meraikan Hari Raya Korban 1430 Hijrah di kampung halaman masing-masing, maka beberapa langkah keselamatan perlulah diambil perhatian. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat kerana telah berlaku beberapa kejadian pecah rumah di beberapa apt di blok-blok yang berdekatan.

Bagaimana boleh berlaku :



  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap


  • Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap


  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.


  • Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.


  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka


  • Menggunakan kunci penduaSebab-sebab Berlaku Pecah Rumah


  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong


  • Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing


  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar


  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.


  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.


  • Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.


  • Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.


  • Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan :


  • Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.


  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.


  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.


  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.


  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.


  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.


  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.


  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.


  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.


  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah :


  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.


  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Sumber : http://www.rmp.gov.my/

MAJLIS IBADAH KORBAN

Makluman daripada Persatuan Penduduk Apt Presint 14

MAKLUMAN
MAJLIS IBADAH KORBAN
ASSALAMUALAIKUM..WRT.
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI, JAWATAN KUASA SURAU AL-MUSTAQIM, KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 AKAN MENGADAKAN AKTIVITI IBADAH KORBAN PADA 27HB NOVEMBER 2009.
SEHUBUNGAN ITU, KEPADA SEMUA WARGA KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 DIJEMPUT BERSAMA-SAMA UNTUK BERGOTONG-ROYONG DAN MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERHUBUNG MAJLIS TERSEBUT
SILA HUBUNGI:-
TUAN HAJI ABDUL LATIFF BIN MAT ALIAS
PENGERUSI SURAU AL-MUSTAQIM
017 - 881 1098

09 November 2009

Nak Berhubung dengan Bahagian Pengurusan Hartanah?


BPH kini memperkenalkan talian khas 03-88886868 bagi perkhidmatan berikut:



  • Permohonan dan semakan permohonan kuarters

  • Penyelenggaraan kuarters

  • Penyewaan gelanggang, dewan dan khemah di Putrajaya

  • Pembayaran bil utiliti kuarters (tidak termasuk SYABAS dan TNB)

  • Aduan penghuni kuarters

  • Pertanyaan mengenai kuarters

Semakan aduan melalui SMS



  • Taip : bph status nombor aduan

  • Contoh : bph status a123

  • Hantarkan sms anda ke 15888

Aduan melalui SMS



  • Taip : bph aduan alamat e-mel aduan anda

  • Contoh : bph aduan suhaili@bph.gov.my pokok tumbang di Jalan P11

  • Hantarkan sms anda ke 15888

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

Oleh:
Ustaz Sayed Hasan Alatas
http://www.shiar-islam.com/

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:




"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."



(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

02 November 2009

Kisah Dan Teladan

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang.

Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun keranadia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

30 Oktober 2009

15 Fakta Sains Yang Menarik

Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita. Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran. Inilah 15 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin kamu belum tahu.

  1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.
  2. Pengguna tangan kanan, dalam rata-rata, hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.
  3. Kalau kamu menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 menit kamu akan dapat merasakannya. Ini karena bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
  4. Kamu tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau kamu melakukannya sampai tak sadarkan diri, kamu akan mulai bernapas normal secepatnya).
  5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
  6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
  7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.
  8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
  9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
  10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per detik sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.
  11. Untuk menguji keaslian mutiara, kamu boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
  12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan karena pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
  13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
  14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia karena biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
  15. Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.
  16. (BONUS) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

29 Oktober 2009

Petua Untuk Si Kaki Pancing

Koleksi 1001 Petua

(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama)


Mengekalkan Kesegaran Ikan

Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok

Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.


Telur Rebus & Pulut Kuning

Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung

Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan

Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing

Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.


Menjaga Umpan Perumpun

Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut

Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut

Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.



Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.






Langkah Batang Pancing

Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut

Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

Kaki

Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan

Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan

Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

23 Oktober 2009

Buang tulang ikan terubuk

Ikan terubuk sedap dimakan tapi tulangnya!!!!

Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaankemudian tarik ke arah yang bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.

Tips Menghalang Kecurian



  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ

  2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

  3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun). Alternatif lain...bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. Alamat tak tidur ler..

  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...) Simpan barang kemas di luar rumah

  6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert). Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

  7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! dan marah anda.

  8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala) Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

  9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita. Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

  10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri

  11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja)

  12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. OK ni

  13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. --Timer...

  14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. Jiran pun boleh jadi pencuri per..

  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda. Kalau dah area tu kerap ada kecurian.. apa kata kita pindah jer...

  16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). Jom lambatkan pencuri...

  17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. Sebelum kunci.. pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

  18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas. Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti

  19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat. Ok.. ok..

  20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. Nak lagi confident..tukar gril dan pagar baru!

21 Oktober 2009

Pekan Sehari Putrajaya (Setiap Ahad)

Tarikh :- 19/JUL/2009 - 27/DEC/2009

Lokasi :- Kompleks Kejiranan Presint 9

Waktu :- 02:00 PM - 10:00 PM

Pelbagai Jenis Jualan Yang Menarik Seperti Barangan Cenderamata,Pakaian,Aksesori Wanita,Produk-Produk Minuman&Makanan & Lain-Lain Lagi

Info dari Perbadanan Putrajaya

Kutipan Yuran Penggal Ke 3

Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan bahawa AJK Persatuan Blok D akan menjalankan kutipan yuran untuk penggal ke 3 (Julai -September 2009) mulai 19 - 22 Oktober 2009 bertempat di ruang lobi Blok D.

Harap mendapat kerjasama dari semua penghuni Blok D supaya program/aktiviti akan datang dapat dijayakan. Kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.


Ahli Jawatankuasa Persatuan Blok D.




20 Oktober 2009

Azan Dan Kebijaksanaan ALLAH S. W. T.

ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati..
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang .Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India . Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus. Allahu Akhbar

19 Oktober 2009

HARGA SEBUAH IMAN

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik."

DUNIA sebagai ALAT… AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

Penjagaan asas kereta anda

Telah terbukti penjagaan kereta yang baik mendapat nilai yang lebih baik apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu.

Tip-tips amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.

1. Elak pengubahsuaian yang overacting. Kereta yang diubah suai dengan ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan kurang selesa kepada bakal pembeli.
Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal. Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.

2. Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.
Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.

3. Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda seorang mekanik bertauliah.

4. Jangan merokok dalam kereta. Bau asap rokok dan kesan asap pada bahagian dalaman kereta memang susah untuk dihilangkan.
Jika anda penghisap rokok mungkin anda tidak sedar rakan anda yang tidak merokok turut menyedut udara dalam kereta anda. Sudah pasti keadaan bahagian dalaman menjadi kurang menyenangkan dan berbau asap.Lebih memburukkan keadaan apabila bara rokok terjatuh di tempat duduk dan menyebabkan ia berlubang atau terbakar.

5. Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta. Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang dalaman kereta.
Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan terjaga

15 Oktober 2009

Diantara cara-cara nak jimat minyak kereta

  • Tidak “rammed” RPM hingga redline pada tiap gear tiap kali lepas trafik light
  • Tidak membrek secara mendadak dari kelajuan yg tinggi (emergency kes berkecuali)
  • Tidak membawa “beban” yang tak perlu di dalam kereta (setiap penambahan berat 50kg akan ketara menambah penggunaan petrol kereta)
  • Penggunaan rim yg “ringan”
  • Angin tayar yang mencukupi (terlalu kurang - petrol tambah, terlalu lebih - bahaya tambah)
  • Membawa kelajuan yg bersesuaian dgn kapasiti & enjin kereta. (Contoh kalau kereta 1.3-1.6 purata suitable speed yang save minyak dalam purata 80km/j & top 120km/j)
  • Elakkan penukaran kepada gear yg tidak sesuai dgn keadaan & speed kereta

20 Kesilapan Utama Mendidik Anak

Mendidik anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang mencabar dalampembentukan sahsiah diri dan peribadi yang mulia. Terdapat beberapakesilapan yang dilakukan oleh ibubapa khasnya terhadap anak-anak merekaberlaku tanpa mereka sedari. Impaknya kesilapan itu berterusan dan secaratidak langsung membentuk budaya negatif dalam hidup berkeluarga.

Sikap jahil ibubapa memberi kesengsaraan emosi pada anak-anak. Kesilapandemi kesilapan terus berlaku tanpa ada usaha-usaha mengkoreksi sudah pastiakan menjejaskan keberkesanan usaha mendidik anak-anak tersebut.

Dalam jangkamasa panjang, kesilapan yang berlaku tanpa disedari akanmewujudkan fenomena-fenomena negatif seperti kerenggangan hubungan, peribadi atau akhlak yang tercela pada anak-anak, pudarnya kasih sayang dansebagainya.

Berikut ialah 20 kesilapan utama dalam mendidik anak-anak, iaitu;
1) Terdapat jurang Komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.
2) Ibubapa tidak membimbing anak-anak ke arah kebaikan & patuhi syariat.
3) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
4) Kurang melahirkan kasih sayang pada anak-anak.
5) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
6) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
7) Tidak pernah luangkan masa makan bersama dengan anak-anak.
8) Sering mengeluh dihadapan anak-anak.
9) Komunikasi dengan anak-anak tidak menggunakan bahasa yang betul.
10) Senantiasa menunjukkan sikap negatif di hadapan anak-anak.
11) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
12) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
13) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
14) Tidak menghargai kerja anak-anak atau meraikan kejayaan anak-anak.
15) Suka berleter kepada anak-anak jika mereka melakukan kesilapan.
16) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
17) Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
18) Tidak berusaha pelbagaikan sajian untuk hidangan anak-anak.
19) Tidak luangkan masa bersama berborak dengan anak-anak.
20) Suka herdik, gertak dan menakutkan anak-anak.

Berdasarkan perkara diatas, oleh itu, ibubapa haruslah muhasabah diri danberusaha perbaiki diri dalam mendidik anak-anak. Walau apapun persepsiibubapa, haruslah ingat bahawa anak-anak juga mempunyai perasaan dan maruah. Maka hormati mereka dan hargai diri mereka sebagaimana anda hargai diri sendiri.

PENANGAN BAU PETAI...


Best kalau makan petai untuk dibuat ulam...

tapi baunya sapa yg tak tahan...jadi sini ada petua hendak hilangkan bau petai...


Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..

biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.


Senangkan??


Selamat mencuba.

STOKIN WUDHU....



Zaman sudah maju...macam-macam ader skang nih...
terbaru iala STOKIN WUDHU...
x mahal pun di pasaran...x salah RM10 sepasang...so...x der masalah skang kalo merungut nak ambil wudhu kena buka stokin...didatangkan dalam 2 warna...hitam dan coklat...
lupa pulak nak cakap...ini stokin perempuan erk~~ hihihihi...

14 Oktober 2009

Rambut beruban...




Biji buah betik yg dah masak (2 sudu besar).
Keringkan sehingga betul-betul kering.
Goreng tanya minyak sampai hangus lepas tu tumbuk sampai lumat.
Kemudian campur dengan minyak kelapa dan kacau sampai bersih.
Lepas tu lumurkanya pada bahagian rambut yg beruban.
Kalau boleh lumurkan masa nak tidur.

PETUA PENJAGAAN ANAK

Petua mendapatkan bayi yang dihajati
1.Berkulit Cerah - Banyakkan makan telur ayam kampong dan sayur bayam.
2.Berkulit Bersih - Jangan mengamalkan makan beras
3.Berambut kerinting
- Makanlah siput laut seperti kerang setiap hari
(5 - 10 isi kerang) hingga
cukup bulan.
4.Bayi Yang Cergas - Makan ikan laut setiap hari
Tetapi
hanya Allah sahaja yang menetukan segalanya…………….


Mencantikkan Kulit bayi
Ibu-ibu dinasihatkan meminum air kacang soya dan juga air kelapa muda semasa
mengandung. Insaallah bayi yang lahir nanti kulitnya sihat.

Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya,
kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan
pernafasan menjadi mudah.

Kunyit atasi hidung bayi tersumbat
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya
secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan airitu meleleh ke
dalam hidung.

Kembung Perut
letakkan sebiji ladi itam dalam pusat baby tuu .... insya-ALLAH ...kembung perut
tadi akan beransur pulih .

Hilangkan Sakit perut disebabkan makanan dan minuman.
minyak telon, or minyak angin cina (cap yu yee)

Keputihan Pada Mulut Bayi
Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat
yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga
ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan
sapukan pada lidah bayi.Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh KeluarBetapa sedihnya
apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak
sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup
mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah
tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan
buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20
sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk
dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai
leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua
minggu.


Memudahkan bayi buang air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul
atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada
bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan
setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Gatal-gatal badan
Bahan-bahan yang diperlukan:1.air 2.asam keping/asam gelugor Cara
menyediakan:Masukkan air dan asam tadi ke dalam periuk dan rebus sehingga
mendidih. Sejukkan air rebusan tersebut Mandikan bayi anda dengan air rebusan
tersebut. Tidak perlu menyiram air bersih selepas memandikan dengan air rebusan asam ini.

Menghilang Batuk Pada Bayi
Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk
berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini.
Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian,
lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan
keluar bersama najisnya.

Kelebihan Tepung sagu
Kebanyakan bayi biasa mengalami melecet di celah kelangkang, pelipat kaki atau
bahagian tubuh lain. Hal ini mungkin diakibatkan oleh pemakaian lampin pakai
buang yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Untuk mengatasi masalah ini, anda
bolehlah mencuba petua ini. Apabila dia mengalami kemerah-merahan di
bahagian-bahagian tertentu, apa yang perlu anda lakukan ialah menyapu sedikit
tepung sagu di tempat yang bermasalah. Anggaplan seperti anda menyapu bedak pada
kulit bayi.


Supaya bayi sihat
Ibu-ibu digalakkan meminum air kacang soya dicampur dengan susu yang berprotin
tinggi. Jika nak mudah lagi sila beli NUTRILITE keluaran AMWAY atau jenama lain
yang serupa kandungannya. Maaf, bukan nak iklan AMWAY. Amalkan meminum semasa
kandungan berusia 6 bulan ke atas.Jangan amalkan terlalu awal kerana dikuatiri
anak terlalu besar. Ini boleh mendatangkan masalah susah bersalin.

RENUNG-RENUNGKAN

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil beratakan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainnaillaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil menguki senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk -numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat danamal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Tips menghidupkan enjin kereta utk bateri lemah

Pernahkah anda mengalami masalah kesukaran menghidupkan kereta pada waktu pagi... uuhh... sungguh memilukan... Hal ini terjadi kebiasaannya disebabkan battery yg telah weak... ada juga kes2 tertentu dimana pemandu lupa mematikan sistem eletrik kereta seperti lampu kenderaan,sistem stereo dan sebagainya...ada juga kes yg agak jarang terjadi tetapi pernah terjadi dimana kereta mengalami masalah current leak setiap masa menyebabkan bateri kenderaan discharge.Byk kemungkinan penyebab masalah "morning2" nih... hehehe...

Pagi ini kita akan bercakap tentang langkah2 keselamatan membuat jump start...

1-Rapatkan kedua2 kereta anda supaya jumping cable dapat diletakkan dikedua2 bahagian kenderaan... Jgn terlalu rapat sehingga menyentuh....

2-Pastikan kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start

3-Pastikan kesemua komponen eletronik dipadamkan... benda asas klu nak start kereta...

4-seperti biasa... merah untuk positif... hitam untuk negatif... pastikan anda memasang positif dahulu di kedua2 kereta barulah memasang bahagian negatif...

5-Hidupkan kenderaan yg weak bateri tersebut dan kemudian tanggalkan jumping cable secara berhati2 dan perlahan2... pastikan membuka jumping kabel secara terbalik iaitu didahului dengan negatif dan kemudian barulah positif...

6-Biarkan engine kereta anda running sebelum memulakan perjalanan utk tukar bateri atau ke bengkel dan sebagainya...

Semoga apa yg dikongsi ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang cara penjagaan kereta... mungkin perkara ini agak mudah tp sapa2 yg x tau tu dapt laa juga sesuatu...Langkah2 keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan...

13 Oktober 2009


Bahan-bahan:-
1 biji santan ( beli je pati santan)
4 biji telur
1/2 kg tepung gandum
Air daun pandan (diblend dan diperah airnya)
sedikit air
Bijan (jika suka)

Cara-caranya:-
Campurkan semua sekali bahan kecuali bijan. Gaul dan ramas hingga sebati. Jika pekat, masukkan air sedikit. Kemudian masukkan dalam acuan pembakar, taburkan bijan diatas permukaan kuih tersebut. Akhir sekali bakar dalam oven..Kalau dah berbau, maknanya dah masaklah tu....

PETUA AGAR SUAMI RINGAN TULANG

Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.

Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip # 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat
Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips # 2 – Berikan alasan yang logik
Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips # 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’
Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.
Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips # 4 – Sentuh perasaannya
Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.
Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips # 5 – Rayu dengan hadiah
Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips # 6 – Jangan mendesak atau mengarah
Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips # 7 – Masa yang sesuai
Meminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips # 8 – Ucapkan terima kasih
Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.
Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.
Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

MAKLUMAN DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH, JPM


"KERJASAMA TUAN/PUAN DIMINTA UNTUK MENASIHATI AHLI KELUARGA/TETAMU SUPAYA MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS SEPERTI MANA YANG TERKANDUNG DALAM SURAT PERJANJIAN MENDUDUKI KUARTERS KERAJAAN DAN SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DALAM PERINTAH AM BAB 'E' SERTA PEKELILING-PEKELILING YANG DIKELUARKAN DARI MASA KE SEMASA.

SEKIRANYA TUAN/PUAN MELANGGAR PERATURAN INI, BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH, JABATAN PERDANA MENTERI AKAN MENGELUARKAN SURAT AMARAN MELALUI KETUA JABATAN DAN JIKA MASIH MELANGGAR PERATURAN, PERUNTUKAN MENDUDUKI KUARTERS AKAN DITARIK BALIK SAMA ADA KESALAHAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH TUAN/PUAN, AHLI KELUARGA ATAUPUN TETAMU YANG
BERKUNJUNG
."
Unit Naziran Dan Kesejahteraan Komuniti,
Bahagian Pengurusan Hartanah,
Jabatan Perdana Menteri.
1-300-88-1414 @ 03-888-6868

11 Oktober 2009

Urusan JPJ ? Terdekat Pejabat Cawangan JPJ Bangi

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2009, Pejabat Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Bangi beroperasi di alamat seperti di bawah:PEJABAT CAWANGAN JPJ BANGI LOT 139 JALAN 7/7C , SEKSYEN 7,43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-89258386 (AM)FAKS : 03-89257959

09 Oktober 2009

Sukacita dimaklumkan J/Kuasa Surau Al-Mustaqim merancang untuk mengadakan program Ibadat qurban pada thun 1430 Hijrah. sehubungan dengan itu, ahli kariah yang berminat menyertai program berkenaan diminta menghubungi Sdra Muhammad Nawawi bin ahmad ditalian 013-3664918 atau melalui Pengerusi Blok D, En. Razak. Untuk makluman, bayaran bagi menyertai satu bahagian adalah berjumlah RM400 sahaja.

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Sukacita dimaklumkan J/Kuasa Surau Al Mustaqim merancang untuk mengadakan program berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah pada bulan November dan Disember pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, bagi ahli kariah yang berminat untuk mengkhatankan anak mereka pada musim cuti sekolah ini, sila berhubung dengan Sdra Muhammad Nawawi Bin Ahmad, Timbalan Pengerusi Surau Al-Mustaqim di talian 013-3664918 atau melalui Pengerusi Blok D , En. Razak.

08 Oktober 2009

Aktiviti Riadah Biro Wanita


Almond London

Bahan-bahannya:-
9 oz butter
3 oz gula powder
450 gm tepung gandum
sedikit garam
coklat morogland @ cip
2 biji merah telur
1 biji putih telur
secukup badam di bakar
2oz badam serbuk

Cara-caranya:-

Adunkan butter, gula , telur sampai rata lalu masukkan tepung sedikit sampai lembut, ambilkan sedikit adunan lalu balutkan sebiji badam bentukkan bujur. Biskut yang telah masak celup ke dalam coklat morogland yang dicairkan di atas wap air biskut celup ketika dalam mangkuk iaitu ketika coklat masih cair...

07 Oktober 2009

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut.

Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.
3)Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.

06 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H


Tahun ini merupakan kali ke 2 Majlis Hari Raya Aidil Fitri dibuat. Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya tahun ini telah bersetuju untuk mengadakan sambutan tersebut pada hari Ahad, 4 Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430 Hijrah bertempat diruang legar Blok D.


Perbincangan serta persediaan telah dilakukan seawal minggu kedua tersebut.
Istimewa pada tahun ini, hidangan utama iaitu lemang, rendang serta sate disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya serta ahli-ahli Blok D sendiri yang mana ianya diketuai oleh Pengerusi Blok D.








05 Oktober 2009

Gegaran 6.9 di Skala Richter



Pada tanggal 30 September 2009 bersamaan 11 Syawal 1430H, semasa Umat Islam masih lagi menikmati suasana Hari Raya Aidil Fitri, bangunan sekitar apartment Presint 14 telah di "buai" oleh kesan gegaran 6.9 richter yang telah menimpa Padang, Indonesia. Ramai penghuni Apartment Presint 14, termasuk Blok D, telah berkumpul diluar bangunan. Alhamdullilah tiada sebarang kecelakaan yang berlaku.



Gegaran kali ini amat mengerunkan kerana ianya berlaku lebih daripada 15 saat dan merupakan salah satu pengalaman yang amat menakutkan kepada kebanyakan penghuni dan mungkin amat mengujakan untuk sebilangannya pula.

09 September 2009

SUMBANGAN MOREI BLOK

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDERMA UNTUK JAMUAN MOREI. KAUNTER DERMA DI BUKA
DI LOBBY BLOK D

CADANGAN DARI AJK BLOK D


SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT MARHABAN KERUMAH SILA SERTAKAN NAMA DAN NO RUMAH KEPADA :-

En Amran No Tel 012-2901090.

MARHABAN AKAN DI BUAT SELEPAS HARI RAYA. MARHABAN INI DIANGGOTAI PAK LONG DAN SESIAPA YANG BERMINAT

Gotong-Royong dari wakil BLOK D untuk Jamuan Berbuka Puasa anjuran Surau Presint 14





UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT DALAM MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA PUASA DI SURAU BLOK E. TAK LUPA JUGA PAK LONG SEBAGAI KETUA TUKANG MASAK TAK KIRA PENAT BELIAU SUDI MENGANGOTAI MAJLIS INI.

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.

Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.

Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut. Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).

Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.

1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.

2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.

3) Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.

Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.

03 September 2009

KEPADA PEMILIK KENDERAAN INI


KAMI AJK BLOK D TELAH MENGENALPASTI KENDERAAN INI BERADA KAWASAN LARANGAN PARKING.
DIHARAP PEMILIK KENDERAAN INI BEKERJASAMA DAN BERTIMBANG RASA SUPAYA TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN APABILA BERLAKU KECEMASAN..

01 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52


KAMI JAWATAN KUASA PENDUDUK BLOK D PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 KEPADA SEMUA PENGHUNI DI PRESINT 14.


SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHAYATI SEMANGAT KEMERDEKAAN INI DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN RASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KEAMANAN DAN KEHARMONIAN SESAMA KITA.

28 Ogos 2009

OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH




Kepada semua penghuni dan pemilik-pemilik kenderaan diharap dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.


Penguatkuasa BPH telah mula mengadakan kembali operasi mengunci tayar kenderaan yang didapati diletakkan di luar petak parking.


Kepada penghuni-penghuni yang tidak mematuhi peraturan, tindakan keluar kuarters akan dikenakan dan nama akan disenaraihitamkan daripada menduduki mana-mana kuarters kerajaan.


Untuk makluman, petak-petak parking yang disediakan ditempat kita masih mencukupi dan dapat menampung jumlah kenderaan yang terdapat di sini. Apa yang amat dikesalkan ada antara penghuni yang terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan majoriti penghuni yang lain.


Kerjasama semua amat diharapkan dalam memastikan keharmonian komuniti kita.

25 Ogos 2009

MAKLUMAN MENGENAI LARANGAN MELETAK KENDERAAN DIPETAK PARKING KHAS KENDERAAN ORG KURANG UPAYA

SEMUA PENGHUNI KUARTERS YANG DIHORMATI,

MAKLUMAN MENGENAI LARANGAN MELETAK KENDERAAN DI
PETAK PARKING KHAS KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA
Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) memohon kerjasama tuan /
puan semua penghuni kuarters untuk mengambil maklum dan
menasihati ahli keluarga, rakan serta jiran tetangga supaya tidak
meletakkan kenderaan di petak parking kenderaan yang telah
ditanda kerana ianya dikhaskan oleh BPH untuk Orang Kurang
Upaya (OKU).

BPH akan sentiasa melakukan pemantauan penguatkuasaan.
Penghuni yang didapati melakukan kesalahan di atas akan ditegur
dan diberi notis amaran. Sekiranya masih ingkar, surat makluman
kepada ketua jabatan penghuni akan dikeluarkan dan jika masih
ingkar, penghuni tersebut akan diminta keluar dari kuarters kerana
melanggar peraturan dan syarat menduduki kuarters kerajaan
sebagaimana perjanjian.

BPH mohon kerjasama warga kuarters untuk melaporkan perlakuan
tersebut kepada pegawai BPH di talian 012-3898122 atau 013-
2800407. Kerjasama semua warga kuarters yang prihatin amatlah
dihargai.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
UNIT NAZIRAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI
29 Jun 2009
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
JABATAN PERDANA MENTERI,
ARAS 4 & 7 BLOK B3,
KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI,
62502 PUTRAJAYA
www.bph.gov.my

Masalah Kecurian Motor

Assalamualaikum..wrt..


Masalah kecurian motorsikal makin kerap berlaku di kawasan kita sejak kebelakangan ini..


Baru-baru ini, ada penduduk terserempak dengan individu yang mencurigakan sedang berkeliaran dan mengamati sebuah motorsikal di parking basemen Blok E. Apabila di soal individu tersebut terus melarikan diri dan menaiki sebuah van. Malangnya nombor pendaftaran Van tersebut tidak sempat diambil.


Sehubungan itu, kerjasama semua penduduk terutamanya pemilik-pemilik motorsikal agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Walaupun di tempat kita dilengkapi dengan CCTV, namun ianya masih belum dapat menjamin tahap keselamatan di sini.


Pihak J/kuasa penduduk Blok E bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan semua penduduk dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah-langkah pencegahan yang mungkin dapat diambil bagi membendung kegiatan-kegiatan ini.


Kepada sesiapa yang terserempak atau mendapati sesuatu yang mencurigakan di kawasan kita, anda bolehlah terus menghubungi pihak-pihak berikut dengan segera :


1. POLIS : 03-8886 2145 / 03-8886 2146



2. J/KUASA KESELAMATAN BLOK MASING-MASING

2.1: Untuk Blok E : 012-684 4427 (En. Saiful),
013-472 0701(En. Ali)



3. HUSNI HALIM : 013-265 3788



Kerjasama semua amat diharapkan demi menjamin keselamatan kita semua.

KEPADA PEMILIK KENDERAAN INI


KAMI AJK BLOK D DAPATI KERETA INI PARKING DITEMPAT KAWASAN MENUGGU.DIHARAP PEMILIK KERETA INI DAPAT MENGALIHKAN KENDERAAN SEBELUM TINDAKAN DIAMBIL.BERILAH KERJASAMA SUPAYA TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



KAMI AJK BLOK D MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DIBULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. SEMOGA AMALAN KITA INI DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.

JALUR GEMILANG BLOK D

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 52






KAMI AJK MEMBAIKI JALUR GEMILANG YANG JATUH SERTA BERGOTONG ROYONG MENYERIKAN JALUR GEMILANG DI SEKITAR BLOK D.UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT

20 Ogos 2009

MAJLIS BACAAN YASIN ,TAHLIL ARUAH DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN BLOK D

SYUKUR ALHAMDULILLAH....KITA DAPAT BERTEMU DALAM MAJLIS INI.SEMOGA BLOK D AMAN DAN SEJAHTERA.SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN INI BLOK D MENGANJURKAN MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL.ALHAMDULILLAH SOKONGAN PENGHUNI MERIAHKAN LAGI SUASANA MAJLIS.ANTARA YANG MENARIK ADALAH KESUDIAN PAK LONG MENGANGGOTAI MARHABAN. MULA-MUALANYA KEKOK TETAPI SEMPURNA AKHIRNYA.
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT IAITU:-

1)SEMUA AJK BLOK D
2)EN SOFIAN ( FM KENAGAN EMAS)
3)SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS INI