09 November 2010

P14-7 AWARENESS DAY 2010, 13 NOV 2010


Pada hari Sabtu, 13 November 2010 bertempat di Taman Kejiranan P14-7, akan diadakan satu aktiviti yang dipanggil "P14-7 AWARENESS DAY 2010". Jawatankuasa Penduduk dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan (JPA3, PDRM, AADK, KBS, RAKANMUDA) ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan, para penghuni kuarters penjawat awam Presint 14-7, hadir beramai-ramai ke program yang julung kali diadakan ini.

Aturcara Majlis adalah :

  • 8.00 pagi : Sarapan Pagi
  • : Gotong Royong Taman Kejiranan P14-7
  • 9.00 pagi : Pendaftaran CAT (Crime Awareness Team)
  • : Pameran bergerak oleh PDRM dan AADK
  • : Pertunjukan "Flying Fox" dan "Abseiling"
  • 11.00 pagi : Taklimat dan Mesyuarat Penubuhan KRT P14-7
  • 12.30 tgh : Makan tengahari
  • : Bersurai

05 Oktober 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Pada 3 Oktober 2010 bersamaan 24 syawal 1431H, bertempat di ruang legar Blok D, telah disempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti Blok D Presint 14.

Perancangan untuk majlis tersebut telah dibuat dua minggu sebelum tarikh jamuan. Walaupun terpaksa membuat persediaan dan persiapan dalam jangka waktu yang pendek, AJK serta beberapa ahli komuniti blok D telah bergotong royong untuk menjayakannya.

Pada pagi 3 Oktober 2010 bermula jam 8 pagi, acara bermula dengan membakar lemang serta memasak rendang secara bergotong-royong. Persediaan Nasi impit, mee goreng dan kuah kacang telah diusahakan oleh beberapa AJK serta ahli komuniti.

Menu yang berasaskan ‘ potluck’ juga (kuih-muih, ais-krim etc ) telah disumbangkan oleh ahli komuniti Blok D.

Walaupun Majlis ini dibuat secara sederhana, namun ianya tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga komuniti Blok D, ahli surau serta rakan-rakan Blok yang b erdekatan.

Terima kasih kepada semua yang telah menyempurnakan serta memeriahkan majlis ini. Syabas dan terima kasih!




02 Ogos 2010

MAKLUMAN

KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT ANAK PADA SILA SERTAKAN :-
  1. NAMA IBUBAPA/ANAK :
  2. TARIKH LAHIR :
  3. ALAMAT RUMAH
  4. NO TEL

SILA HANTAR KEPADA NAMA AJK DI HADAPAN LIFT BLOK D

PIHAK KOMUNITI NAK MEMBERI SIDIKIT SUMBANGAN SEMPENA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK TUAN/PUAN

27 April 2010

MARI KITA RENUNG DAN PIKIRLAH TELADAN INI

Hargailah jasa ibu. kalau ada yang merajuk dengan ibu, usah egokan diri, pergi mintak maaf, ibu buat apa yang terbaik untuk kita & tak fikir untuk kecikkan hati kita, dia tak sengaja.Cuba layan kisah ini:-

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan sejuk syahdu masih terasa lagi ini.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak pernah buat begitu..... lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam..... kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... lepas itu mak jemur karpet-karpet. .. lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar... kita kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak saja... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pergi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kita berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja.. Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt.. kita jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kita sampai..... mak buat kenduri kesyukuran.. ... Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar kelinng naik motor..... Punya la kita takut... kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak..... Bila balik sahaja kampong.... kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya Kenapa...? Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....

Mak.... tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08/1999 Bila tiba saja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn Mak tau tak.... Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela... Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga... di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang.. kosong....sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ... terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn. ...

Mak..... kita masih ingat lagi... kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan.... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....

kita gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat begitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata begitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak..... Sampai takat ini surat ni kita tulis..... kita nangis ni..... Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi.... tak ada orang yang bangun lagi..... kita dengar nasyid tajuk "anak soleh" kita sedih...kita rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk mak... mak tunggu ya...!

Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buatkali terakhir.... Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja... Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak.... kita rasa sejukkkk sangat dahi makk..... kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya.... kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kita tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan. ... entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi... semakin kita tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kita cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... kita rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong... kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi... Puas la kakak memujuk kita... Akak kata..." tak baik laa nangis saja..doa lah untuk mak.. nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2 nya... Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat.... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....

Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kita dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan... kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini... lepas itu kawan kita bagitahu... simpan saja buat kenangan.. kita cuma tau alamat ni saja... tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca... kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kita boleh rasa naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas.. Sekian terima kasih.

Moral: Sayangilah ibu anda selagi anda berpeluang menyayanginya. bahagiakanlah ibu anda sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana ibu anda membahagiakan anda sejak kecil hingga dewasa sesungguhnya, syurga berada di tapak kaki ibu.

14 April 2010

MAKLUMAN

KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA
PADA BULAN JANUARY HINGGA MARCH 2010. SILA SERTAKAN :-
  1. NAMA ANAK
  2. TARIKH LAHIR
  3. ALAMAT RUMAH
  4. NO TEL

SILA HANTAR KE PETI SURAT RUMAH KOMUNITI T07-U03 SEBELUM 16 APRIL 2010

PERSATUAN BLOK D INGIN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA..

MAJLIS BACAAN YASIN, DOA SELAMAT DAN TAHLIL BLOK D SERTA PENYAMPAIAN CENDERAHATI KELAHIRAN

PADA : 17 APRIL 2010 ( SABTU )

JAM : 9.00 PM

BERTEMPAT : LOBBY UTAMA BLOK D
SEMUA PENGHUNI DIJEMPUT HADIR

KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MENYERTAKAN NAMA UNTUK MAJLIS TAHLIL ARUAH SILA HUBUNGI BIRO AGAMA SEPERTI BERIKUT :-

1 ) EN MOHD SOBRI - 013-9168510
2 ) EN ISMA AZAM - 019-9094764



Aturcara

Jam 9.00pm-9.45pm Bacaan yasin dan tahlil

Jam 9.45pm - 10.00pm Penyampaian cenderahati Kelahiran dan
Sumbangan kepada pihak Surau

Jam 10.15 Bersurai

16 Mac 2010

SUASANA MAJLIS MESYUARAT AGONG BLOK D KALI KE-3






ALHAMDULILLAH... Syukur kepada ILLAHI kita dapat ditemukan dalam suasana majlis ini. Dalam majlis ini kita kenal antara satu sama lain dan mewujudkan suasana harmoni di Blok kita ini (BLOK D)
Sungguhpun Majlis ini ala kadar. Suasana sungguh meriah. Diharap penduduk yang tidak hadir dapat meluangkan masa pada majlis seterusnya yang akan diadakan.


PENGAMBARAN MAJLIS DOA SELAMAT DAN TAHLIL BLOK D DAN SUASANA MESYUARAT AGONG SERTA PENYAMPAIAN SAGUHATI KELAHIRAN TAHUN 2009

04 Mac 2010

MESYUARAT AGONG KALI KE-3



SUKACITANYA MENJEMPUT SEMUA PENGHUNI BLOK D UNTUK HADIIR KE MESYUARAT AGONG KALI KE -3 KOMUNITI PENDUDUK BLOK D, PRESINT 14 .
ATURCARA SEPERTI BERIKUT :-


Tarikh : 06 MARCH 2010

Masa : 7.45 MALAM ( selepas solat Magrib )

Tempat : LOBBY BLOK D, PRESINT 14, PUTRAJAYA



AGENDA MESYUARAT
· PERBENTANGAN PERBELANJAAN
· PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK
· PERKARA – PERKARA DAN MASALAH BERBANGKIT
· AKTIVITI BLOK D

JAMUAN MAKAN DISEDIAKAN
SEBARANG SUMBANGAN DIALU-ALUKAN

ATURCARA MAJLIS


Jam 7.45pm-8.45pm
- Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat

Jam 8.45pm - 9.00pm
- Solat Isyak di Surau Al- Mustaqim (Blok E)

Jam 9.15pm - 10.15pm
- Mesyuarat Komuniti Blok D dan aktiviti untuk tahun 2010
- Penyampaian Hadiah Cenderahati KELAHIRAN dan SUMBANGAN kepada Surau

Jam 10.20pm
- Jamuan Makan

Jam 11.00pm
- Bersurai

PESTA SUKAN AIR PUTRAJAYA 2010

Pihak Perbadanan Putrajaya menganjurkan Pesta Sukan air di Presint 6 Putrajaya
pada
6 & 7 Mac 2010
Jam 8.30am hingga 6.30pm
bertempat
Kompleks Sukan Air, Presint 14, Putrajaya
Pelbagai aturcara di sediakan
Semua dijemput hadir
Keterangan Lanjut sila hubungi 03-88877092

02 Mac 2010

PERJUMPAAN AJK BLOK D

ASSALAMULAIKUM...........
KEPADA SEMUA AJK BLOK D DI HARAP DAPAT BERKUMPUL
DI RUMAH KOMUTI BLOK D
TARIKH 03/02/2010
PADA HARI SELASA
JAM 9.00 MALAM
KEHADIRAN DI WAJIBKAN

28 Februari 2010

LANTIKAN KONTRAKTOR BARU DI PRESIT 14-7 DARI PIHAK JKR

MAKLUMAN SEMUA PENDUDUK PRESINT 14 BLOK D

Pihak JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA (JKR) telah melantik kontraktor baru iaitu KINTA SAGA (M) SDN BHD) di presint 14-7 untuk penyelenggaraan dan operasi bagi 5 blok pangsapuri (830 unit) untuk tempoh 3 tahun bagi bangunan kuarters kerajaan presint 14-7,Putrajaya selama 2010 sehingga 2013.

Sebarang masalah boleh menghubungi wakil pihak kontraktor terbabit :-
  • Supervisor Mekanikal

En Ahmad Baktiar B. Zainuddin ( 017-5101558 )

  • Supervisor Elektrikal

En Mohd Kasyfullah B. Mohamad ( 019-3699949 )

  • Supervisor Sivil

En Mohammad Saufi B. Dahrijah ( 012-7260425 )

SALAM MAULIDUR RASUL

Kami AJK Blok D mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk semua umat islam.Semoga kita lebih menghayati sunnah Rasulullah S.A.W. dengan menjadikan Baginda ikon terbaik hidup kita.

SALAM MAULIDUR RASUL.

25 Februari 2010

PANDANGLAH.....LIHATLAH....JANGAN !!!

Saya sebenarnya berhasrat untuk menulis sesuatu yang lain dari topik ‘aurat wanita’ di dalam artikel kali ini. Akan tetapi, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa persoalan yang dilontarkan melalui satu komentar di bawah artikel : That’s not hijab!

“Assalamualaikum,

Saya belum berkahwin, pakai tudung tiga segi menutup bawah dada cuma bukan tudung labuh seperti anda..dlm rumah saya pakai baby tee, skirt, gaun dan sluar pendek, cuma kini saya sikit malu lalu menukar dgn sluar panjang tapi masih seksi kiranya. Suatu hari nanti jika berkahwin saya mungkin kekal cara begini?

Saya ada persoalan...kalo benar pakai tudung tapi tak bleh pakai cantik, tak bleh baju color, tak bleh bersolek wpun nipis diluar...benarkah wanita yg bertudung litup seperti anda berhias semata-mata utk suami, waktu bila anda bergaya? Kat rumah? atau anda langsung tidak bergaya pakai cantik2 takut plak anak persoalkan? ramai yg saya jumpa berpakaian seprti anda tetapi berbau, nampak tidak bermaya.muka pucat. Adakah benar dlm hati suami org seperti anda suka melihat isteri begitu?

Saya faham anda akan berhujah tentang kita ni milik Allah jadi kita kena ikut syariat yg ditetapkan. Pada anda, mungkin saya seorang yg tidak faham kerana pengetahuan agama anda high level berbanding saya. Maka itu saya mohon anda down grade sikit utk sampaikan sesuatu agar saya faham. Tak mustahil follower blog anda ialah org yg seperti anda, org biasa baca skali dan blalu pergi. Tak tahulah jika anda tidak kisah yg penting ialah menyampaikan saja.

Saya tidak berniat utk mempersoalkan saja tanpa membuka hati menerima pandangan anda tapi saya cuba dan mahu lagi perbaiki diri. Saya cuma ingin tahu dan minta anda jawab persoalan di atas kerana saya benar2 tidak tahu. Kehidupan dan cerita yg anda sampaikan terlalu sempurna. Saya dahulukan terima kasih – SERI”

PENJELASAN SAYA
Setiap kali saya melakar bait-bait kata yang menyentuh tentang aurat seorang wanita, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya bukan menulis kerana merasakan pakaian saya adalah contoh terbaik. Akan tetapi ia lebih kepada peringatan kepada diri sendiri dan teman-teman pembaca agar sentiasa berusaha kepada penyempurnaannya sedaya yang kita ada. Malah, banyak masanya, ketika memberi nasihat serta peringatan kepada orang lain, acap kali juga sengaja saya kenakan ke batang hidung sendiri. Biar tidak lupa diri !

Apa yang penting perhalusilah isinya dengan mencari jalan dan keyakinan iman untuk melaksananakan tanpa perlu mengandaikan sama ada pakaian individu tertentu termasuk saya sebagai role model terbaik atau tidak. Persoalan itu tidak timbul.

Semuanya bertitik tolak atas dasar ilmu serta nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, justeru saya merasa bertanggungjawab untuk memberi sedikit penjelasan dan pendirian berpandu ayat-ayat Allah SWT dan Sunnah Rasul Junjungan.

Sebagai tambahan, suka saya mengingatkan bahawa dalam memperkatakan sesuatu berkait hukum, sama ada kita telah melaksanakan yang terbaik atau sedang berusaha melakukan yang lebih baik, itu merupakan persoalan kedua. Pokok utama, ialah bersikap jujur dan amanah dengan ilmu Allah SWT. Telus menyatakan kebenaran, walau ada ketikanya lebih banyak kepahitan perlu ditelan berbanding kemanisan yang menghadirkan ketenangan.

ANDAIAN DAN JAWAPAN
Persoalan yang dilontarkan oleh SERI, bahawa benarkah orang yang bertudung litup di luar, benar-benar berhias semata-mata untuk suami, atau sebenarnya tidak bergaya cantik lansung, adalah satu agakan dan andaian semata-mata. Pada saya perkara itu kurang manis untuk ditanya, kerana saya juga boleh melontarkan pertanyaan yang sama ( tapi tidak serupa ) iaitu benarkah wanita yang berhias dan terlalu menjaga penampilan di luar, akan berkeadaan serupa di dalam rumahtangga ? Di hadapan suami terutamanya ? atau sebenarnya ketika di rumah, mereka hanya biasa-biasa sahaja, buat apa nak bergaya, bukannya nak ke mana-mana ?

Kerana itu, pada saya tidak wajar menghukum semua Muslimah yang bertudung labuh, sebagai berbau tidak menyenangkan dengan muka pucat dan tidak bermaya, hanya dengan melihat beberapa orang berkeadaan sebegitu rupa. Pukul rata dalam hal seumpama ini adalah satu ketidakadilan.

Memang benar mengabaikan kebersihan bukan sikap yang diterima Islam, dan demikian juga bersolek serta berhias dengan pakaian berwarna yang terlalu menyerlah untuk menjadikan diri cantik dan kelihatan lebih menarik. Ia juga tidak digalakkan.

PERSOALAN WARNA
Saya tidak menolak pakaian berwarna warni kerana saya juga masih mengenakan pakaian sedemikian apabila keluar bersama keluarga. Cuma warna yang perlu dielakkan ialah warna-warna yang terlalu terang ( striking ) dan menyilau pandangan. Justeru itu, saya menyatakan warna gelap dan suram atau warna-warna lembut dan sederhana lebih selamat dari pandangan kaum lelaki di jalanan.

Mungkin akan ada yang menyoal kembali:

“Tidakkah wanita yang memakai warna hitam akan lebih menarik pandangan orang sekiranya dia berada di dalam suasana semua orang memakai pakaian berwarna garang dan ceria ?”

Saya akan menjawab begini :

“Pandangan yang terhasil kerana ‘berlainan’ dari orang sekeliling tidak sama dengan pandangan yang terhasil kerana tertarik dengan keindahan dan kecantikan. Pakaian pertama mungkin hanya menyebabkan orang merasa jengkel dan hairan berbanding pakaian bentuk kedua yang mampu menggoncang iman para jejaka. Di samping ia boleh memberi indikasi kepada lelaki bahawa wanita sebegini masih dari ‘jenis’ suka berfesyen dan bercantik walau telah menutup tubuh badan. Kesannya, seorang lelaki boleh membuat kesimpulan wanita ini mudah didekati, lebih mudah diajak berbual, dan mungkin juga lebih mudah untuk digoda. Kerana pakaian sebegitu boleh membawa maksud dan melambangkan ‘tolerability’ diri pemakai. Itulah kemerbahayaan yang dibimbangkan dan patut dielakkan !”

Reaksi sebegitu pasti tidak mudah berlaku bila wanita berpakaian dengan warna yang sederhana dan suram warnanya, juga sudah pasti tidak ketat dan nipis kainnya. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, namun itulah pandangan saya dan suami berdasarkan penelitian kami berdua.

HANYA UNTUK SUAMI
Justeru itu, apa yang dianjurkan oleh agama yang mulia ini ialah menjaga kebersihan, tidak selekeh, berpenampilan kemas dan sederhana pada gaya. Sementara, jika mahu bersolek dan mengenakan pakaian yang melirik tumpuan mata, cukuplah hanya di hadapan suami tercinta.

Keadaan inilah sewajarnya seorang Muslimah lakukan di dalam rumahtangga. Pakaian yang dikhususkan untuk suami di rumah sememangnya bukan pakaian yang biasa dipakai ketika di luar. Tidak perlu saya menerangkan lebih lanjut jenis dan bentuk pakaian yang bagaimana, cukup saya nyatakan bahawa seorang isteri sepatutnya memakai pakaian yang digemari dan biasanya dibeli oleh suami sendiri. Tidak semestinya seksi dan terbuka sana sini !

Perlu saya sebutkan di sini, bukan semua lelaki bergelar suami gemar isterinya bersolek cantik. Setakat pengalaman saya berbual dan bertukar pandangan dengan wanita lain, ada di antaranya menyatakan bahawa suami mereka tidak suka melihat mereka mengenakan alat solekan dan berhias berlebih-lebihan kerana ia seumpama penipuan dan khayalan semata-mata. Bukan tulen.

Kecantikan asli dengan tambahan nilai dari pekerti yang luhur dan terpuji lebih dihargai berbanding kecantikan palsu yang tercipta dari alat make-up pelbagai jenama. Keadaan inilah yang sukar difahami oleh sesetengah wanita melainkan jika mereka telah bersuami dan bergelar isteri.

CANTIK BUKAN PENENTU
Saya suka membawa pembaca semua melihat sudut lain kecantikan seorang wanita. Kecantikan bukan hanya boleh diperolehi melalui solekan dengan warna di mata, pipi dan bibir yang merah menyala. Akan tetapi, kecantikan juga mampu didapati melalui kaedah tradisional dan petua-petua lama.

Untuk diri saya sendiri, saya juga pernah mengenakan solekan di wajah. Pastinya hanya di dalam rumah. Namun kini, setelah menilai baik buruk menggunakan alat-alat solek dari bahan kimia, menatap wajah-wajah artis barat yang mana kejelitaan asli mereka telah sirna dek terlalu kerap menggunakan make-up pada muka, saya beralih kepada penggunaan sumber asli yang lebih mudah diperolehi dan murah pula harganya.

Kini, saya mengamalkan menyapu madu untuk memerahkan bibir dan hanya menggunakan serbuk kacang hijau yang telah ditapis ( bagi mendapatkan tekstur yang paling halus ) untuk membersihkan kulit muka dan badan seluruhnya. Selebihnya, hanya perlu mengenakan pelembab kulit dan bedak biasa baik ketika di rumah mahu pun sebelum keluar bersama keluarga. Sementara untuk penjagaan kesihatan, saya menganjurkan kita semua mengamalkan madu, kurma dan air susu di samping pengambilan vitamin C, B Kompleks dan lain-lain yang perlu.

Ingatlah, cantik tubuh, fizikal dan pakaian bukan penentu segala. Ia tidak dapat membeli bahagia dan ia juga bukan jaminan keutuhan sesebuah rumahtangga. Lihatlah, berapa ramai artis dan golongan terkenal, gagal mengekalkan keharmonian walaupun mereka berwajah cantik menggoda. Ada banyak perkara lain yang perlu diambil berat untuk menjadikan pasangan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga. Cantik hanya menyumbang sebahagian kecil sahaja. Paling penting adalah tanggungjawab, rasa percaya, yakin serta bersedia memberi kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada pasangan dan rumahtangga.

PANDANGLAH..LIHATLAH..JANGAN !
Akhirnya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa persoalan menutup aurat dan hijab, bukanlah berkisar kepada tudung semata-mata. Itu perlu difahami sebaiknya oleh semua Muslimah di luar sana. Bahkan tudung hanya merupakan sebahagian sahaja dari maksud sebenar menutup aurat dan berhijab di dalam Islam. Kerana itu, apabila menyentuh dua perkara tersebut, tidak dapat tidak saya harus menjelaskan dari sisi yang paling tepat dan sahih sebagaimana yang dikehendaki agama, baik dari sudut warna pakaian, solekan, berwangi-wangian dan sebagainya.

Sekian banyak di dalam hadis Rasulullah SAW yang mengingatkan tentang fitnah wanita di penghujung usia dunia, maka sudah tentu sikap bermudah-mudah dan mengambil ringan terhadap pelaksanaan kedua-duanya akan mendatangkan kesan buruk dan bencana.

Yakinlah, semakin terhindar seorang Muslimah dari pandangan kaum lelaki semakin baik dan mulia harga dirinya di sisi agama, kerana Allah SWT memerintahkan lelaki-lelaki mukmin untuk menjaga pandangan mereka. Namun, bagaimana mungkin para lelaki mukmin dapat menjalankan perintah ini jika kaum muslimahnya berhias diri dan mempamer keindahannya ? Justeru, kerana itulah syariat menganjurkan wanita menutup aurat dan berhijab dengan sempurna, iaitu untuk menjaganya dari pandangan kaum lelaki, terutama pandangan yang tercipta dari anak panah syaitan durjana. Bak kata orang muda, dari mata jatuh ke hati. Sukma bergelora, nafsu membara !

Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabdanya yang bermaksud :

“Sebaik-baik saf lelaki adalah saf paling depan dan sejelek-jeleknya adalah saf terakhir. Dan sebaik-baik saf wanita adalah saf terakhir, dan sejelek-jeleknya adalah saf paling depan.” ( Hadis riwayat Muslim).

Pesan Baginda ini menjelaskan bahawa saf terburuk bagi wanita adalah yang paling hadapan karena akan lebih mudah terlihat oleh kaum lelaki. Jika keadaan ini yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum wanita ketika solat, maka sudah tentu di dalam suasana dan kegiatan bukan ibadah, mereka lebih dianjurkan untuk memelihara diri dari menjadi titik tumpu pandangan lelaki.

Insaflah, sikap berlapang dada untuk mematuhi semua perintah agama itu hanya akan dirasakan oleh orang-orang beriman dan bertakwa. Orang-orang yang menyerahkan sepenuh jiwa dan sangka baik mereka kepada ketentuan Allah SWT dan Rasul-Nya. Keadaan ini amat berbeza dengan orang-orang yang hatinya berpaling, maka setiap ajaran Islam akan terasa berat dan sukar untuk dilaksana. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, karena sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu .” ( Surah Al-Baqarah ayat 45 )


Wahai muslimah, mari kita bermuhasabah.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.




**Contoh gambar pakaian Muslimah**.




**Contoh pakain yang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat**.



Petikan ini diambil dari Mencari dan Terus Mencari cinta ILLAHI