04 Julai 2009

VANDALISME PELAJAR SMK PRESINT 14 DI BLOK B

Dua hari lepas, penghuni Blok B dikejutkan dengan vandalisme yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah P14. Pelajar-pelajar ini ponteng di blok ini, mencampakkan botol minuman, selipar, kasut dan pasu bunga dari tingkat 18 dan mengenai bumbung lobi dan pecah. Pasu bunga yang dicampak ini juga hampir mengenai cleaner bangunan.

Semalam pegawai penyiasatan jenayah datang dan meninjau lokasi kejadian. Selain itu juga pelajar-pelajar ini juga berdating di belakang blok. Bila ditanya dikatakan menunggu bas. Tak masuk akal!

Pelajar-pelajar ini juga meletakkan motosikal mereka di kawasan penghuni. Terdapat satu kes, mereka hilang kunci motor, dibuka lampu depan dan disambung wayar untuk menghidupkan motor tersebut. Ini menunjukkan mereka handal dan berpengetahuan tinggi tentang motor. Jika disalahgunakan habis motor penghuni disapunya.

Kepada penghuni-penghuni di P14, sama-samalah kita cari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan