30 November 2009
IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH SURAU AL-MUSTAQIM DAN PENDUDUK APT. PRESINT 14
18 November 2009
BEBERAPA LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM PULANG BERCUTI RAYA KORBAN.
Salam 1Malaysia,Memandangkan tidak lama lagi ramai diantara penghuni Blok akan bercuti untuk meraikan Hari Raya Korban 1430 Hijrah di kampung halaman masing-masing, maka beberapa langkah keselamatan perlulah diambil perhatian. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat kerana telah berlaku beberapa kejadian pecah rumah di beberapa apt di blok-blok yang berdekatan.
Bagaimana boleh berlaku :
- Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
- Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
- Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
- Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
- Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
- Menggunakan kunci penduaSebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
- Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
- Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
- Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
- Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
- Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
- Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
- Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
- Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan :
- Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
- Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
- Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
- Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
- Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
- Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
- Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
- Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
Nasihat apabila berlaku pecah rumah :
- Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
- Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
Sumber : http://www.rmp.gov.my/
09 November 2009
Nak Berhubung dengan Bahagian Pengurusan Hartanah?

BPH kini memperkenalkan talian khas 03-88886868 bagi perkhidmatan berikut:
- Permohonan dan semakan permohonan kuarters
- Penyelenggaraan kuarters
- Penyewaan gelanggang, dewan dan khemah di Putrajaya
- Pembayaran bil utiliti kuarters (tidak termasuk SYABAS dan TNB)
- Aduan penghuni kuarters
- Pertanyaan mengenai kuarters
Semakan aduan melalui SMS
- Taip : bph
status nombor aduan - Contoh : bph status a123
- Hantarkan sms anda ke 15888
Aduan melalui SMS
- Taip : bph
aduan alamat e-mel aduan anda - Contoh : bph aduan suhaili@bph.gov.my pokok tumbang di Jalan P11
- Hantarkan sms anda ke 15888
MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN
Oleh:Ustaz Sayed Hasan Alatas
http://www.shiar-islam.com/
'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."
(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan
02 November 2009
Kisah Dan Teladan
Ceritanya begini...Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang.
Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun keranadia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...
30 Oktober 2009
15 Fakta Sains Yang Menarik
Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita. Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran. Inilah 15 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin kamu belum tahu.
- Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.
- Pengguna tangan kanan, dalam rata-rata, hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.
- Kalau kamu menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 menit kamu akan dapat merasakannya. Ini karena bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
- Kamu tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau kamu melakukannya sampai tak sadarkan diri, kamu akan mulai bernapas normal secepatnya).
- Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
- Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
- Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.
- Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
- Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
- Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per detik sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.
- Untuk menguji keaslian mutiara, kamu boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
- Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan karena pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
- Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
- Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia karena biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
- Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.
- (BONUS) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.
29 Oktober 2009
Petua Untuk Si Kaki Pancing
Koleksi 1001 Petua(Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama)
Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.
Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.
Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.
Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.
Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.
Menjaga Umpan PerumpunPerumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.
Mencari Perumpun Pasir /Laut
Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.
Kasut
Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka.
Daun KetapangJika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.
Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.
Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.
Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Meludah Umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.
Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.
23 Oktober 2009
Buang tulang ikan terubuk
Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaankemudian tarik ke arah yang bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.
Tips Menghalang Kecurian

- Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ
- Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah
- Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun). Alternatif lain...bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius
- Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. Alamat tak tidur ler..
- Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...) Simpan barang kemas di luar rumah
- Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert). Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi
- Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! dan marah anda.
- Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala) Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita
- Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita. Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?
- Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri
- Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja)
- Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. OK ni
- Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. --Timer...
- Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. Jiran pun boleh jadi pencuri per..
- Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda. Kalau dah area tu kerap ada kecurian.. apa kata kita pindah jer...
- Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). Jom lambatkan pencuri...
- Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. Sebelum kunci.. pastikan pencuri tu belum masuk bilik!
- Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas. Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti
- Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat. Ok.. ok..
- Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. Nak lagi confident..tukar gril dan pagar baru!
21 Oktober 2009
Pekan Sehari Putrajaya (Setiap Ahad)
Lokasi :- Kompleks Kejiranan Presint 9
Waktu :- 02:00 PM - 10:00 PM
Pelbagai Jenis Jualan Yang Menarik Seperti Barangan Cenderamata,Pakaian,Aksesori Wanita,Produk-Produk Minuman&Makanan & Lain-Lain Lagi
Info dari Perbadanan Putrajaya
Kutipan Yuran Penggal Ke 3
Salam 1Malaysia,20 Oktober 2009
Azan Dan Kebijaksanaan ALLAH S. W. T.
ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.. 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .Berikutnya di Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India . Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus. Allahu Akhbar'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
19 Oktober 2009
HARGA SEBUAH IMAN
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik."
DUNIA sebagai ALAT… AKHIRAT sebagai MATLAMAT "
Penjagaan asas kereta anda
Tip-tips amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.
1. Elak pengubahsuaian yang overacting. Kereta yang diubah suai dengan ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan kurang selesa kepada bakal pembeli.
Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal. Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.
2. Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.
Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.
3. Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda seorang mekanik bertauliah.
4. Jangan merokok dalam kereta. Bau asap rokok dan kesan asap pada bahagian dalaman kereta memang susah untuk dihilangkan.
Jika anda penghisap rokok mungkin anda tidak sedar rakan anda yang tidak merokok turut menyedut udara dalam kereta anda. Sudah pasti keadaan bahagian dalaman menjadi kurang menyenangkan dan berbau asap.Lebih memburukkan keadaan apabila bara rokok terjatuh di tempat duduk dan menyebabkan ia berlubang atau terbakar.
5. Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta. Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang dalaman kereta.
Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan terjaga

