14 Oktober 2009

RENUNG-RENUNGKAN

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil beratakan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainnaillaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil menguki senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk -numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat danamal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Tips menghidupkan enjin kereta utk bateri lemah

Pernahkah anda mengalami masalah kesukaran menghidupkan kereta pada waktu pagi... uuhh... sungguh memilukan... Hal ini terjadi kebiasaannya disebabkan battery yg telah weak... ada juga kes2 tertentu dimana pemandu lupa mematikan sistem eletrik kereta seperti lampu kenderaan,sistem stereo dan sebagainya...ada juga kes yg agak jarang terjadi tetapi pernah terjadi dimana kereta mengalami masalah current leak setiap masa menyebabkan bateri kenderaan discharge.Byk kemungkinan penyebab masalah "morning2" nih... hehehe...

Pagi ini kita akan bercakap tentang langkah2 keselamatan membuat jump start...

1-Rapatkan kedua2 kereta anda supaya jumping cable dapat diletakkan dikedua2 bahagian kenderaan... Jgn terlalu rapat sehingga menyentuh....

2-Pastikan kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start

3-Pastikan kesemua komponen eletronik dipadamkan... benda asas klu nak start kereta...

4-seperti biasa... merah untuk positif... hitam untuk negatif... pastikan anda memasang positif dahulu di kedua2 kereta barulah memasang bahagian negatif...

5-Hidupkan kenderaan yg weak bateri tersebut dan kemudian tanggalkan jumping cable secara berhati2 dan perlahan2... pastikan membuka jumping kabel secara terbalik iaitu didahului dengan negatif dan kemudian barulah positif...

6-Biarkan engine kereta anda running sebelum memulakan perjalanan utk tukar bateri atau ke bengkel dan sebagainya...

Semoga apa yg dikongsi ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang cara penjagaan kereta... mungkin perkara ini agak mudah tp sapa2 yg x tau tu dapt laa juga sesuatu...Langkah2 keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan...

13 Oktober 2009


Bahan-bahan:-
1 biji santan ( beli je pati santan)
4 biji telur
1/2 kg tepung gandum
Air daun pandan (diblend dan diperah airnya)
sedikit air
Bijan (jika suka)

Cara-caranya:-
Campurkan semua sekali bahan kecuali bijan. Gaul dan ramas hingga sebati. Jika pekat, masukkan air sedikit. Kemudian masukkan dalam acuan pembakar, taburkan bijan diatas permukaan kuih tersebut. Akhir sekali bakar dalam oven..Kalau dah berbau, maknanya dah masaklah tu....

PETUA AGAR SUAMI RINGAN TULANG

Bagi memastikan anda dan pasangan tidak terjebak dalam sindrom 'suami tak mahu kerja berat takut nanti reput tulang', maka eloklah dari awal lagi anda ‘mendidik’ suami untuk membantu urusan rumahtangga.

Bagaimana untuk melakukannya? Di bawah disenaraikan cara yang paling halus tetapi berkesan untuk membuatkan suami turun padang membantu anda menangani kerja-kerja di rumah.

Tip # 1 - Pastikan suami tidak terlalu penat
Suami adalah ketua keluarga. Dia punya tanggungjawap yang besar untuk menyara keluarga, terutama sekali jika isteri tidak bekerja. Dari awal pagi hingga petang bahkan sampai lewat malam suami mungkin menghabiskan harinya dengan bekerja. Jadi jika anda ingin meminta bantuannya melakukan kerja rumah, anda harus pastikan dia tidak dalam keadaan terlalu penat. Janganlah meminta suami menyidai kain, sebaik saja dia baru pulang dari kerja. Kalau itu yang anda lakukan, bererti anda seorang isteri yang tidak peka dan kurang menghargai peranan suami sebagai pencari nafkah.

Tips # 2 – Berikan alasan yang logik
Lelaki adalah manusia yang mementingkan akal fikiran yang logik. Oleh itu, ketepikan emosi anda seperti marah, merajuk, menarik muka, sedih dan sebagainya ketika meminta bantuan daripada suami. Beritahu suami alasan-alasan logik kenapa anda perlu bantuannya dalam menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga. Contoh alasan logik yang boleh dikemukakan adalan anda terlampau penat, kerja terlalu berat untuk wanita atau ada beberapa tugas di rumah yang menurut anda lebih elok hasilnya jika dilakukan oleh suami.

Tips # 3 – Tawarkan suami melakukan tugas ‘berat’
Tugas itu meliputi mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang/saluran air, membaiki barang rosak (seperti sinki dll) dan pekerjaan-pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’.
Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka, seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin, menukar mentol, dan sebagainya. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham tentang elektrik dan barang elektronik.

Tips # 4 – Sentuh perasaannya
Suami anda pasti menyintai anda dan ingin anda bahagia. Cubalah ‘merayu’ suami dengan menyentuh perasaannya. Tapi caranya bukan dengan menyatakan, “Kalau abang sayangkan saya, abang mesti tolong saya buat kerja di dapur” atau menyindir, “Abang sebelum saya bising, baik abang tolong saya”.
Seharusnya anda perlu mempastikan suami faham kenapa anda memerlukan bantuan daripadanya. Misalnya, setelah seharian anda membersihkan seluruh rumah dan memasak di hujung minggu, katakan bahawa anda sedikit penat untuk membereskan meja makan dan pinggan mangkuk setelah makan malam. Kalau caranya tepat dan menyentuh hatinya yang peka, anda akan dapat membuatkan suami terus saja menawarkan diri membantu anda kerana dia menyintai anda.

Tips # 5 – Rayu dengan hadiah
Cara ini kadang-kadang berjaya. Hadiah yang boleh anda tawarkan misalnya memasak masakan kesukaannya, melakukan sesuatu yang selama ini anda hindari tapi sebenarnya diinginkan oleh suami, melakukan hobi bersama-sama, hinggalah ‘servis’ ekstra di ranjang malam nanti.

Tips # 6 – Jangan mendesak atau mengarah
Suami memang pantang memerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapan ndalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda.

Tips # 7 – Masa yang sesuai
Meminta suami membantu urusan rumahtangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan moodnya elok. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

Tips # 8 – Ucapkan terima kasih
Ucapkan terima kasih jika suami mahu membantu anda. Biasanya motivasi ini akan membuatkan suami anda cukup bahagia kerana dapat meringankan beban isteri tercinta. Selain ucapan terima kasih, berikan juga pujian setiap kali suami selesai membantu anda. Dua kalimat ini wajib diucapkan agar dia lebih senang membantu anda di kemudian hari.
Buatlah komitmen dalam hati untuk tidak memulakan pertengkaran dan tidak terpancing dengan emosi. Hindari juga daripada mengomel, membebel, membentak, menyindir dan sebagainya kerana ini akan membuatkan suami semakin keras kepala dan langsung enggan membantu.
Tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggugnjawap isteri sahaja. Sebaik-baiknya, lakukanlah bersama-sama, insya Allah akan bertambah semarak cinta anda.

MAKLUMAN DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH, JPM


"KERJASAMA TUAN/PUAN DIMINTA UNTUK MENASIHATI AHLI KELUARGA/TETAMU SUPAYA MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN MENDUDUKI KUARTERS SEPERTI MANA YANG TERKANDUNG DALAM SURAT PERJANJIAN MENDUDUKI KUARTERS KERAJAAN DAN SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DALAM PERINTAH AM BAB 'E' SERTA PEKELILING-PEKELILING YANG DIKELUARKAN DARI MASA KE SEMASA.

SEKIRANYA TUAN/PUAN MELANGGAR PERATURAN INI, BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH, JABATAN PERDANA MENTERI AKAN MENGELUARKAN SURAT AMARAN MELALUI KETUA JABATAN DAN JIKA MASIH MELANGGAR PERATURAN, PERUNTUKAN MENDUDUKI KUARTERS AKAN DITARIK BALIK SAMA ADA KESALAHAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH TUAN/PUAN, AHLI KELUARGA ATAUPUN TETAMU YANG
BERKUNJUNG
."
Unit Naziran Dan Kesejahteraan Komuniti,
Bahagian Pengurusan Hartanah,
Jabatan Perdana Menteri.
1-300-88-1414 @ 03-888-6868

11 Oktober 2009

Urusan JPJ ? Terdekat Pejabat Cawangan JPJ Bangi

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2009, Pejabat Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Bangi beroperasi di alamat seperti di bawah:PEJABAT CAWANGAN JPJ BANGI LOT 139 JALAN 7/7C , SEKSYEN 7,43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN.TEL : 03-89258386 (AM)FAKS : 03-89257959

09 Oktober 2009

Sukacita dimaklumkan J/Kuasa Surau Al-Mustaqim merancang untuk mengadakan program Ibadat qurban pada thun 1430 Hijrah. sehubungan dengan itu, ahli kariah yang berminat menyertai program berkenaan diminta menghubungi Sdra Muhammad Nawawi bin ahmad ditalian 013-3664918 atau melalui Pengerusi Blok D, En. Razak. Untuk makluman, bayaran bagi menyertai satu bahagian adalah berjumlah RM400 sahaja.

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Sukacita dimaklumkan J/Kuasa Surau Al Mustaqim merancang untuk mengadakan program berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah pada bulan November dan Disember pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, bagi ahli kariah yang berminat untuk mengkhatankan anak mereka pada musim cuti sekolah ini, sila berhubung dengan Sdra Muhammad Nawawi Bin Ahmad, Timbalan Pengerusi Surau Al-Mustaqim di talian 013-3664918 atau melalui Pengerusi Blok D , En. Razak.

08 Oktober 2009

Aktiviti Riadah Biro Wanita


Almond London

Bahan-bahannya:-
9 oz butter
3 oz gula powder
450 gm tepung gandum
sedikit garam
coklat morogland @ cip
2 biji merah telur
1 biji putih telur
secukup badam di bakar
2oz badam serbuk

Cara-caranya:-

Adunkan butter, gula , telur sampai rata lalu masukkan tepung sedikit sampai lembut, ambilkan sedikit adunan lalu balutkan sebiji badam bentukkan bujur. Biskut yang telah masak celup ke dalam coklat morogland yang dicairkan di atas wap air biskut celup ketika dalam mangkuk iaitu ketika coklat masih cair...

07 Oktober 2009

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut.

Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.
3)Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.

06 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H


Tahun ini merupakan kali ke 2 Majlis Hari Raya Aidil Fitri dibuat. Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya tahun ini telah bersetuju untuk mengadakan sambutan tersebut pada hari Ahad, 4 Oktober 2009 bersamaan 15 Syawal 1430 Hijrah bertempat diruang legar Blok D.


Perbincangan serta persediaan telah dilakukan seawal minggu kedua tersebut.
Istimewa pada tahun ini, hidangan utama iaitu lemang, rendang serta sate disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya serta ahli-ahli Blok D sendiri yang mana ianya diketuai oleh Pengerusi Blok D.








05 Oktober 2009

Gegaran 6.9 di Skala Richter



Pada tanggal 30 September 2009 bersamaan 11 Syawal 1430H, semasa Umat Islam masih lagi menikmati suasana Hari Raya Aidil Fitri, bangunan sekitar apartment Presint 14 telah di "buai" oleh kesan gegaran 6.9 richter yang telah menimpa Padang, Indonesia. Ramai penghuni Apartment Presint 14, termasuk Blok D, telah berkumpul diluar bangunan. Alhamdullilah tiada sebarang kecelakaan yang berlaku.



Gegaran kali ini amat mengerunkan kerana ianya berlaku lebih daripada 15 saat dan merupakan salah satu pengalaman yang amat menakutkan kepada kebanyakan penghuni dan mungkin amat mengujakan untuk sebilangannya pula.

09 September 2009

SUMBANGAN MOREI BLOK

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENDERMA UNTUK JAMUAN MOREI. KAUNTER DERMA DI BUKA
DI LOBBY BLOK D

CADANGAN DARI AJK BLOK D


SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT MARHABAN KERUMAH SILA SERTAKAN NAMA DAN NO RUMAH KEPADA :-

En Amran No Tel 012-2901090.

MARHABAN AKAN DI BUAT SELEPAS HARI RAYA. MARHABAN INI DIANGGOTAI PAK LONG DAN SESIAPA YANG BERMINAT

Gotong-Royong dari wakil BLOK D untuk Jamuan Berbuka Puasa anjuran Surau Presint 14





UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT DALAM MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA PUASA DI SURAU BLOK E. TAK LUPA JUGA PAK LONG SEBAGAI KETUA TUKANG MASAK TAK KIRA PENAT BELIAU SUDI MENGANGOTAI MAJLIS INI.