27 Mei 2009

SUASANA MALAM BBQ

SUASANA MALAM BBQ

ASSALAMULAIKUM.....

ALHAMDULLILAH BERJAYA JUGA MAJLIS MALAM BBQ YANG DIADAKAN DI PERKARANGAN BLOK D PADA 16 MEI 2009 JAM 9.00 MALAM WALAUPUN KURANG SAMBUTAN ..KAMI AJK MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGHUNI YANG HADIR.

TUJUAN BBQ INI ADALAH UNTUK MENGERATKAN ANTARA HUBUNGAN KITA DAN SALING KENALI JIRAN KITA.

PADA MULANYA ACARA MALAM BBQ INI DIADAKAN PADA 9 MEI 2009 DITUNDA PADA TARIKH 16 MEI 2009 ATAS SEBAB RAMAI YANG BALIK KAMPUNG.DENGAN KERJASAMA DARI SEMUA AJK.. MENGIPAS MEMANGGANG SERTA TAK LUPA JUGA TUKANG YANG MENYEDIAKAN BBQ INI ADALAH EN ISMA AZAM DAN SEMUA TERLIBAT DI UCAPKAN TERIMA KASIH.
ANTARA MASAKAN BBQ IALAH AYAM BEREMPAH,UDANG,SOSES DAH KERANG.

Kepada yang ingin melihat suasana malam BBQ kami AJK Blok D menyertakan Gambar

26 Mei 2009

KEJOHANAN LIGA BOLASEPAK PIALA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA

ASSALAMUALAIKUM..WRT..


PIHAK JAWATAN KUASA BOLASEPAK PRESINT 14 BERHASRAT UNTUK TURUT MENYERTAI KEJOHANAN LIGA BOLASEPAK PIALA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA YANG AKAN DIADAKAN BERMULA 20HB JUN 2009.


PERTANDINGAN INI AKAN DIJALANKAN SECARA LIGA SELAMA 3 BULAN. PERTANDINGAN AKAN DIADAKAN PADA SETIAP HARI SABTU DAN AHAD BERMULA PADA TARIKH 20HB JUN 2009 DI STADIUM PANCARONA, PADANG BOLASEPAK PRESINT 14, PRESINT 8 DAN PRESINT 9.


KEJOHANAN INI AKAN DIADAKAN DALAM DUA(2) KATEGORI IAITU TERBUKA DAN REMAJA(BAWAH 18 TAHUN).


SEHUBUNGAN ITU, PIHAK JAWATAN KUASA BERHASRAT UNTUK MENGHANTAR WAKIL PRESINT 14 BAGI KEDUA-DUA KATEGORI TERSEBUT.


KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEWAKILI PRESINT 14 SILA BERHUBUNG DENGAN:


1. HUSNI BIN HALIM - 013-265 3788
2. MOHD FAUZI - 012-902 2892


TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 15HB JUN 2009.


SEKIAN

PADANG BOLA SEPAK

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PADANG BOLASEPAK PRESINT 14 TELAH BOLEH DIGUNAKAN.


SEHUBUNGAN ITU, DIHARAP KEPADA SEMUA YANG BERMINAT DAPAT MENGHADIRKAN DIRI PADA SETIAP HARI JAM 6.OO PTG.


PENGLIBATAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.


SEKIAN.

17 Mei 2009

KES KECURIAN / KES PECAH RUMAH

Assalamualaikum..wrt.


Kebelakangan ini masalah kecurian dan cubaan pecah rumah di kawasan kita makin kerap berlaku. sebagai contoh, di Blok E saja beberapa kenderaan telah dicuri dan dipecahkan.


Yang terbaru, 2 buah rumah telah cuba dipecah masuk.


Adalah amat diharapkan kepada semua Jawatan kuasa blok dan juga semua penduduk agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan apa saja masalah berkaitan kepada Jawatan Kuasa Induk Persatuan.


Kepada semua penduduk, kerjasama tuan/puan mengisi dan menghantar borang maklumat penduduk amatlah diharapkan. Dengan adanya maklumat tersebut akan memudahkan pihak Jawatan Kuasa penduduk menghubungi pihak tuan/puan dengan segera sekiranya berlaku sesuatu kejadian.


ANTARA TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI KEJIRANAN KITA:


1. RONDAAN 24 JAM OLEH ANGGOTA POLIS.


2. RONDAAN MALAM
Di Blok E, Jawatan Kuasa Penduduk telah mengambil inisiatif melakukan rondaan pada sebelah malam bagi memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan. Diharap Jawatan kuasa penduduk bagi Blok A, B, C dan D juga dapat mengambil tindakan yang sama.



3. CCTV
Seperti semua sedia maklum, kawasan kita dilengkapi dengan CCTV. Tetapi amat mendukacitakan, CCTV yang telah dipasang kerap kali berlaku kerosakan dan kualitinya rendah. Pihak Jawatan Kuasa telah pun memaklumkan perkara tersebut kepada pihak BPH agar menukarkan CCTV terbut dengan yang lebih berkualiti dan dipasang di tempat2 yang lebih strategik terutamanya di hadapan semua lif bagi semua semua blok. Pihak yang bertanggungjawab telah hadir dan membuat pemantauan dan bersetuju dengan cadangan tersebut. InsyaAllah dalam sedikit masa lagi perkara tersebut akan diselesaikan.


4. PONDOK KESELAMATAN
Pihak Jawatan Kuasa penduduk juga telah memohon agar dibina pondok keselamatan di kedua-dua laluan masuk/keluar utama ke kawasan kejiranan kita. Diharapkan pihak BPH akan menyegerakan pembinaan pondok tersebut.


Sekian.


Terima kasih.

08 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

05 Mei 2009

WASPADA SEBELUM PENCURI MASUK

MARI KITA LIHAT SENANGNYA NAK MASUK RUMAH HANYA SEBATANG AIS CREAM... TAK PERCAYA..!!!!

02 Mei 2009

MAKLUMAN MALAM BBQ

KEPADA PENGHUNI BLOK D YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI MALAM BBQ

ATURCARA MALAM BBQ

TARIKH : 10 MEI 2009 ( AHAD )
JAM : 8.30 PM
BERTEMPAT: ( AKAN DIBINCANGKAN )
BAYARAN : RM 10.00

SESIAPA BERMINAT SILA SERTAKAN NAMA KEPADA AJK DIBAWAH SEBELUM 6 MEI 2009 :-

En. Isma Azam - 019-9168510

P/s :- Jenis BBQ akan dibincang kan setelah kutipan dibuat .

09 April 2009

MAKLUMAN KELAHIRAN

MAKLUMAN

KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA
PADA BULAN JANUARY HINGGA MAC 2009. SILA MAKLUMKAN KEPADA BIRO KEBAJIKAN SEPERTI DIBAWAH :-

En. Suzairi Abul Rahman - 012-6761227
En. Izuan Yusuf - 017-2901995



KAMI PERSATUAN BLOK D INGIN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA YANG MENDAPAT CAHAYA MATA..

ADUAN KEROSAKAN KEPADA PIHAK MAINTENANCE

Asalamualaikum...

Kepada : Puan Aizan ( F.M Kenangan Emas )
Daripada : En Amran Omar ( Setiausaha Blok D )

Tarikh : 09/04/2009

Aduan Kerosakan Di Blok D

1. Kepingan bumbung nak jatuh. ( disertakan gambar ) Diharap pihak tuan membaiki segera kerana MERBAHAYA sekiranya jatuh ke bawah.( Telah dibaiki 7-5-2009 )


Daripada

AMRAN OMAR

MAKLUMAN DARI PERSATUAN INDUK

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI TAE KWON DO BOLEH HADIR PADA SETIAP HARI ISNIN DAN JUMAAT JAM 8.45 MALAM.


BAYARAN : RM20.00 UNTUK PENDAFTARAN, RM20.00 YURAN BULANAN


SEKIAN.

ADUAN KEROSAKAN KEPADA PIHAK MAINTENANCE

Assalamulaikum....

Kepada : En Juhisam Sani ( Tenaga Setia Vista Sdn Bhd )
Daripada : Amran bin Omar ( Setiausaha Blok D )

Aduan Kerosakan Di Blok D

1. Lampu Koridor ada yang tidak menyala dari tingkat 6 hingga 12. Diharap pihak tuan memeriksanya. (Telah dibaiki pada 09/04/2009)

2. Lampu lanskap tidak menyala ( mentol terbakar ) sudah lama . Gambar disertakan. (Telah dibaiki pada 09/04/2009)

3. Saya ingin bertanya, Bila Lift disenggara ?






07 April 2009

MAKLUMAN DARI PERSATUAN INDUK (SUKAN)

FUTSAL
TEMPAT : PADANG FUTSAL (KUARTERS BARU)
HARI : SELASA DAN JUMAAT
MASA : BERMULA 9:30 MALAM
**TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK YANG BERMINAT.


2. BOLASEPAK
UNTUK MAKLUMAN, PADANG BOLA PRESINT 14 YANG TERLETAK DI ATAS BUKIT BERDEKATAN RUMAH TERES SUDAH BOLEH DIGUNAKAN. PADANG TERSEBUT, SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK PERBADANAN TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK PUTRAJAYA. OLEH ITU, AMATLAH DIHARAPKAN KEPADA PIHAK PENGELOLA BOLASEPAK PRESINT 14 UNTUK MENGAMBIL PELUANG INI MENGUMPULKAN PEMAIN DAN MULA BERMAIN DI PADANG TERSEBUT.


3. KELAS TAE KWON DO
KELAS TAE KWON DO UNTUK SEMUA PELAJAR TELAH DIMULAKAN. JADUAL DAN SYARAT-SYARATNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:


HARI : ISNIN DAN JUMAAT
MASA : 8:45 MLM - 10:30MLM
TEMPAT : GELANGGANG BOLA KERANJANG/BOLA TAMPAR(SEDANG MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN DEWAN)


BAYARAN :
PENDAFTARAN : RM 20.00
BULANAN : RM 20.00


4. SEPAK TAKRAW
DIHARAPKAN PIHAK YANG TELAH DIBERI TANGGUNGJAWAB DAPAT MENGHIDUPKAN KEMBALI SUKAN INI.


5. BADMINTON
UNTUK BADMINTON, SILA HUBUNGI KETUA SUKAN BLOK MASING-MASING BAGI MENGETAHUI JADUAL PERMAINAN. PERBINCANGAN SEDANG DILAKUKAN OLEH PIHAK PENGELOLA BADMINTON PRESINT 14 BAGI MENCARI HARI YANG BERSESUAIAN UNTUK KESEMUA PEMAIN KELIMA-LIMA BLOK DAPAT BERMAIN BERSAMA.


6. BOLA TAMPAR
SETIAP PETANG DAN MALAM. TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT.


SEKIAN, HARAP MAKLUM.

02 April 2009

RUMAH KOMUNITI BLOK D

Alhamdullilah ...dengan izinya kita telah mendapat rumah KOMUNITI di tingkat T07-U03. Dengan adanya rumah ini dapatlah kita mengadakan mesyuarat dan aktiviti-2 komuniti kita..