05 Oktober 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Pada 3 Oktober 2010 bersamaan 24 syawal 1431H, bertempat di ruang legar Blok D, telah disempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti Blok D Presint 14.

Perancangan untuk majlis tersebut telah dibuat dua minggu sebelum tarikh jamuan. Walaupun terpaksa membuat persediaan dan persiapan dalam jangka waktu yang pendek, AJK serta beberapa ahli komuniti blok D telah bergotong royong untuk menjayakannya.

Pada pagi 3 Oktober 2010 bermula jam 8 pagi, acara bermula dengan membakar lemang serta memasak rendang secara bergotong-royong. Persediaan Nasi impit, mee goreng dan kuah kacang telah diusahakan oleh beberapa AJK serta ahli komuniti.

Menu yang berasaskan ‘ potluck’ juga (kuih-muih, ais-krim etc ) telah disumbangkan oleh ahli komuniti Blok D.

Walaupun Majlis ini dibuat secara sederhana, namun ianya tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga komuniti Blok D, ahli surau serta rakan-rakan Blok yang b erdekatan.

Terima kasih kepada semua yang telah menyempurnakan serta memeriahkan majlis ini. Syabas dan terima kasih!