30 November 2009

IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH SURAU AL-MUSTAQIM DAN PENDUDUK APT. PRESINT 14

Salam 1Malaysia,

Alhamdullillah ibadah korban telah dilaksanakan dengan sempurna pada hari Jumaat lepas, 27 November 2009 oleh Jawatankuasa Surau Mustaqim dengan kerjasama oleh penduduk apartment Presint 14. Sebilangan penduduk Blok D yang tidak balik kampung telah turut serta didalam aktiviti tersebut. Aktiviti korban berlangsung dari jam 9.30 am hingga 12 tengahari. Ia nya dimulakan dengan sembahyang sunat Aidil Adha pada jam 8.30 pagi dan kemudiannya disusuli dengan ibadah korban pada jam 9.30 pagi bertempat di hujung parkir Blok D dimana khemah telah disediakan oleh pihak Pengurusan Bangunan. Walaupun ianya hanya melibatkan seekor lembu sahaja tetapi usaha, kerjasama serta sifat bermuaafakat yang tinggi telah diitunjukkan oleh semua penghuni Apartment yang terlibat. Syabas !
Bagi penghuni Blok D yang tidak balik ke kampung, Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dimulakan dengan mini BBQ serta bakar lemang pada malam raya dimana ianya diusahakan oleh Saudara Awang Safaruddin serta Abang Razak (Pengerusi Blok D) sekeluarga.




18 November 2009

BEBERAPA LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM PULANG BERCUTI RAYA KORBAN.

Salam 1Malaysia,

Memandangkan tidak lama lagi ramai diantara penghuni Blok akan bercuti untuk meraikan Hari Raya Korban 1430 Hijrah di kampung halaman masing-masing, maka beberapa langkah keselamatan perlulah diambil perhatian. Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil berat kerana telah berlaku beberapa kejadian pecah rumah di beberapa apt di blok-blok yang berdekatan.

Bagaimana boleh berlaku :



  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap


  • Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap


  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.


  • Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.


  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka


  • Menggunakan kunci penduaSebab-sebab Berlaku Pecah Rumah


  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong


  • Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing


  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar


  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.


  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.


  • Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.


  • Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.


  • Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan :


  • Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.


  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.


  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.


  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.


  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.


  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.


  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.


  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.


  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.


  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah :


  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.


  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

Sumber : http://www.rmp.gov.my/

MAJLIS IBADAH KORBAN

Makluman daripada Persatuan Penduduk Apt Presint 14

MAKLUMAN
MAJLIS IBADAH KORBAN
ASSALAMUALAIKUM..WRT.
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI, JAWATAN KUASA SURAU AL-MUSTAQIM, KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 AKAN MENGADAKAN AKTIVITI IBADAH KORBAN PADA 27HB NOVEMBER 2009.
SEHUBUNGAN ITU, KEPADA SEMUA WARGA KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 DIJEMPUT BERSAMA-SAMA UNTUK BERGOTONG-ROYONG DAN MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERHUBUNG MAJLIS TERSEBUT
SILA HUBUNGI:-
TUAN HAJI ABDUL LATIFF BIN MAT ALIAS
PENGERUSI SURAU AL-MUSTAQIM
017 - 881 1098

09 November 2009

Nak Berhubung dengan Bahagian Pengurusan Hartanah?


BPH kini memperkenalkan talian khas 03-88886868 bagi perkhidmatan berikut:



  • Permohonan dan semakan permohonan kuarters

  • Penyelenggaraan kuarters

  • Penyewaan gelanggang, dewan dan khemah di Putrajaya

  • Pembayaran bil utiliti kuarters (tidak termasuk SYABAS dan TNB)

  • Aduan penghuni kuarters

  • Pertanyaan mengenai kuarters

Semakan aduan melalui SMS



  • Taip : bph status nombor aduan

  • Contoh : bph status a123

  • Hantarkan sms anda ke 15888

Aduan melalui SMS



  • Taip : bph aduan alamat e-mel aduan anda

  • Contoh : bph aduan suhaili@bph.gov.my pokok tumbang di Jalan P11

  • Hantarkan sms anda ke 15888

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN

Oleh:
Ustaz Sayed Hasan Alatas
http://www.shiar-islam.com/

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:




"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."



(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)


Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

02 November 2009

Kisah Dan Teladan

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang.

Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.

Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun keranadia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...